Monday, 10 February 2014

aku manusia biasa,

Assalamualaikum,
Kegagalan.
Kadang kala, kegagalan yg berlaku membuktikan aku juga manusia biasa, kegagalan demi kegagalan yang aku tempuh membuatkan aku seakan mahu berputus asa, tapi manusia apakah aku menyerah di saat peluang itu masih ada, tidak aku dinafikan atau ingin berbangga diri, setiap kali aku menempuh ujian atau cabaran aku dapat, keputusan nya sangat memuaskan hati aku, aku antara pelajar terbaik PMR di sekolahku, dapat masuk aliran yang aku idamkan ketika di menengah atas, aku mendapat keputusan SPM yg walaupun x seberapa tapi dapat melayakkan aku memasuki alam universiti dengan sekali percubaan sahaja, dan sekarang aku menuntut dalam jurusan yang aku idamkan, itu lah, mungkin aku terlampau diberi kesenangan dan mungkin aku alpha dengan segala kesenangan itu, mungkin Allah ingin tujukkan kepada aku yang aku masih manusia biasa yang pasti akan menempuh kegagalan, walaupun sedih, aku masih bersyukur kerana Allah masih mengingati aku, memperingati aku, terima kasih ya Allah, in shaa allah, aku akan bangkit dari kegagalan ini dan buktikan aku boleh berjaya dengan izin Allah, in shaa allah...

Thursday, 30 January 2014

Kelas petang,

Melihat sang unggas terbang bebas di luar jendela,
Seakan aku ingin terbang bebas bersama mereka,
Berterbangan membelah angin petang,
Mencari makanan untuk dibawa pulang;

Suasana petang yang indah dan damai seperti ini,
Tidak akan pernah aku kecapi,
Jika aku tidak berhijrah ke negeri Indera Kayangan ini;

Itulah kata pepatah,
Setiap yang terjadi dalam hidup ini,
Pasti akan ada hikmahnya yang tersendiri,
Oleh itu,
Terimalah sesuatu itu dengan hati yang terbuka,
Minda yang lapang,
Mungkin ia tidak seperti yang di jangka,
Akan tetapi,
Tiba suatu masa nanti,
Kita akan melihat,
Cerita disebalik apa yang terjadi....